Tuesday 30 October 2012

Tentang Seorang Ulamak Yang Saya Kagum....

Assalamua'laikum wbt...

Bismillahirahmanirrahim....Alhamdulillah,syukur pada yang maha Pencipta...kerana masih lagi memberi saya peluang untuk terus menjadi kalifah dimuka bumi ini...Syukran Ya Rabb... =)
Harini...saya berkesempatan nak updated blog...walaupun saya tengah sibuk bekerja...hihi...curi masa sikit bolehkan?....hikhikhik...saya sebenarnya tak sabar nak kongsi tentang artikal yang saya baru saja baca...kisah seorang ulamak mudah...yang berasal dari tanah rencong(Tanah Jawa)...bila saya baca saja kisah biodata beliau...saya cukup kagum dan cukup tertarik...dan saya menyimpan satu hasrat...saya jugak menginginkan anak seperti beliau...andaikata anak2 saya seperti beliau...MasyaAllah,pasti sayalah manusia yang paling bahagia kerna mempunyai anak seperti beliau...apa kata saya share disini mengenai tokoh ulamak muda ini...moga sahabat2 pun mengingini seorang bakal Zauj @ bakal anak2 kelak seperti beliau... =)




Seorang pemuda yang baru berumur 37 tahun tapi ilmunya sgt tinggi.MashaAllah

Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid
A.1974-1992
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

B. 1993 – 1995

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

C.1996 – 2001

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

D.2002 – SEKARANG

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Setelah selesai kuliahnya di peringkat sarjana (masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan doktor falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

E. DARUL MURTADZA

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.





Wednesday 24 October 2012

Im a weirdoo~~

Bismillahirahmanirahim....

Assalamua'alaikum
I'm a human. Twentynine. Typically a normal person, but kinda weirdoo. Hopefully I'm a niqabis. One day insyaallah. I'd like to keep my secret by myself. Fake smile is my habits. Believe in Allah, and you'll never lost.

See this women in niqabis....Dont you think their are such a lovely angel from heaven???...InsyaALLAH one day...i cant wait for that moment...honestly seriously... =)







APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??


Mati itu PASTI....Hidup itu InsyaALLAH...

Assalamualaikum ya akhi wa ukhty.. :) Hari ni ana terbaca satu artikel di facebook. Artikel yang sangat bermanfaat.. Rugilah jika ia tidak disebarkan sebagai peringatan semua.. Oleh itu ana mengambil keputusan untuk letak dalam blog ini.. Moga kita sama2 mendapat manfaatnya insyaAllah..
Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.

Malam Pertama 
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.


Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

Semoga bermanfaat bagi kita semua.


Monday 22 October 2012

Jom Kita Berhijrah!

Assalamualaikum....

Bismillahirahmanirahim....Alhamdulillah jumpa lagi!.. =) ..okeh,saya nak share perkara berkaitan dengan menutup aurat dengan sempurna...yang menepati ciri2 wanita solehah.Okeh,sebelum itu saya nak awak2 semua wahai kaum Hawa...kenal diri saya ini dulu...Saya bukanlah seorang yang alim...saya juga seorang wanita biasa...yang sedang berusaha untuk mencari kesempurnaan,kebaikan dan keredhaan dari yang Maha Pencipta...Ingat ye...TIADA seorang manusia pun yang sempurna didunia ini...saya juga baru sahaja mendapat Hidayah dan Petunjuk dari Allah...saya tak baik...tapi saya cuba nak jadi baik...Allah suka orang2 yang ingin bertaubat dan orang2 yang ingin melakukan kebaikan..tak rugi kawan2...kita akan dapat ganjaran yang setimpalnya dengan apa yang kita buat...InsyaAllah kalau NIAT kita baik...NIAT kita ingin berubah/berhijrah kerana ALLAH...InsyaALLAH,ALLAH akan memberi dan membentang jalan yang luas untuk kita...dan segala urusan pun akan dipermudahkan... =)

Berbalik kepada pemakaian yang menutup aurat...saya nak kongsi tentang pengalaman saya...Dulunya,saya seorang yang free hair...saya suka pakai pakaian yang mendedahkan aurat..saya rasa selesa sangat saya rasa cantik sangat..saya suka bila kawan2 saya puji saya...cakap saya pandai berfesyen...baju yang saya pakai semua kena denga gaya saya...masa itu saya langsung tak fikir apa2...saya asyik dengan dunia saya...sampaikan saya pernah menceburkan diri dalam bidang lakonan...YA saya akui saya seorang yang mementingkan penampilan dan kecantikan...Tapi bila suatu hari saya sedar yang semua itu hanyalah duniawi semata2...Ya ALLAH saya rasa rugi sangat2...rugi sebab tayang body sana sini...tayang aurat saya sana sini...sedangkan kita ini wahai kaum hawa...kita adalah perhiasan yang indah....yang cantik...kita merupakan perhiasna dunia yang tercantik...KALAU kita menutup AURAT dengan sempurna....malah bukan saje didunia...di AKHIRAT nanti kita akan menjadi ketua bidadari...saya rasa hawa2 sekalian tahukan....perumpamaan bidadari tu apa...cantik,indah dan harum...malah bidadari itu lah yang akan menjadi peneman kepada zauj kita disana kelak...tidakkah kalian ingin menjadi ketua kepada para bidadari itu?..Oleh itu,dari sekaranglah kita kene menjaga aurat kita...latih diri kita menjadi wanita solehah... =)

Wahai Hawa...yang mana dah menutup aurat dan yang dah bertudung tu...Alhamdulillah,jagalah aurat kita sebaik2nya...semoga kita akan mendapat keredhaan yang kita cari...yang mana masih belum menjaga aurat tu..apa kata cubalah dekatkan diri...belajar2 kearah itu...tak rugi tau...bila kita dah dapat rasa hidup kita diredhai...segala apapun kita buat..berjalan dengan lancar dan sempurna..percayalah!...saya bercakap melalui pengalaman saya sendiri tau... ;)
Jom Hawa....kita menjaga Aurat kita...Allah suka pada orang yang sedar akan kesilapannya lalu bertaubat&tidak mengulangi kesilapannya itu lagi...Berusahalah jadi orang yang Allah suka...Jom kita berjihad menuju ke Syurga...InsyaAllah... =) ...sehingga berjumpa lagi...
Salam Alaik .....


Sunday 21 October 2012

Hari Paling Best Dalam Hidup Saya .. ^^

Assalamualaikum Wbt ...
Bismillahirahmanirahim ... Syukur Alhamdulillah ,saya masih bernafas harini .. masih lagi boleh menikmati segala nikmat2 kehidupan ... :) dan saya dapat berkongsi hari paling best yang saya lalui hari minggu lepas...mesti tak sabarkan nak tahu apa!!!...hihi...sabar saya nak cerita la ni..okay,hari sabtu lepas...dari pagi saya dah mulakan aktiviti sihat tau...nak tahu apa?...saya pergi jogging dengan cik tunangan...mula2 nak pergi jogging dekat tasik perdana,tapi sampai je dekat sana...car park dah penuh...pusing punya pusing memang tak ada parking..so lokasi jogging yang dituju tasik titiwangsa.So bila dah sampai je...orang agak ramai,dalam hati saya (bagusnya orang malaysia ni,ramai juga yang buat aktiviti sihat..beriadah bersama keluarga) termasuklah saya dan cik tunangan..hihi.. :) 

Tapi,..nak tau tak..saya bukan jogging sangat pun...saya berjalan je dalam 3 pusingan tasik tu...itu pun saya dah berpeluh...itu belum jogging lagi tu...kalau jogging,alamat memang mandi peluh la jawabnya..hihi..Okay,selesai je aktiviti sihat tu..cik tunangan ajak saya pergi Pustaka Negara...wow!itu memang moment paling best!..dalam hati(eh2...silap dengar ke saya ni..dia ajak pergi library)tapi memang tak salah dengar...memang dia dah plan pun nak ajak saya pergi libraby...dalam hati lagi(dia ni...suka sangat buat suprise!..rasa nak lompat bintang pun ada tau..hihi)..dengan muka yang memang excited gila...saya cakap nak pergi!...memang dah lama saya nak pergi Pustaka Negara tu...cuma tak berkesempatan lagi dan tak ada siapa pun sudi nak temankan...saya bukan tak boleh pergi sendiri...boleh..tapi saya tak tahu nak masuk library tu camner...sebab apa yang saya dengar...kene jadi ahli dulu kene ada kad dulu baru boleh masuk...tapi rupa2nya tak pun...boleh pergi je..alahai,kalau la saya tahu...dari dulu lagi pergi..tak payah harap siapa2 temankan...tapi apa2 pun...terima kasih sangat pada en tunangan saya tu...sebab awal2 lagi dia dah pergi library tu..untuk pastikan jam berapa buka,level berapa ..pendek kata,dia dah survey pun..tenkiu2 sangat ABANG...sayang terharu sangat tau...tapi sayang tak de lah nak tunjuk sangat.... :)

Pustakaan Negara...nama pun dah cukup gah..apatah lagi isi dalamnya kan?...memang la sangat bestnya...bermacam2 buku ada...sampai saya nak rambang mata nih...rasa macam nak baca je semua buku...betul!saya memang suka sangat membaca...tak kiralah apa pun jenis bacaan...saya memang suka...Ya Allah...rasa nak berumah tangga je kat sana...macam tak nak balik..dalam hati(bestnya kalau suatu masa nanti rumah saya ada 1 ruangan khas untuk buat library macam ini)..siapa suka membaca?..kalau suka kalau minat...pergi la Pustaka Negara....mesti ada yang teruja macam saya..hihi.. :)

Okaylah...saya rasa cukuplah saya berkongsi hari yang palinggggg best tu...itu merupakan pengalaman yang tak dapat saya lupa dan saya akan abdikan dalam diari hidup saya...tempat yang paling best dekat Kuala Lumpur ini...nanti InsyaALLAH kalau diberi kesempatan lagi dan ALLAH masih pangjangkan umur saya...saya nak pergi lagi...saya nak bawa anak2 saya pergi membaca dekat sana...INSYAALLAH...ini saya letakkan gambar saya yang sedang kusyuk membaca...hihi...ASSALAMUALAIKUM WBT... =)

  Kusyuknye muka saya.... ^^

Friday 19 October 2012

Kisah bau KASTURI dan ZINA.


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu se
makin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^




Renung2kan wahai sahabat2 ku... Yang mana satu kita, yang ambil berat, atau yang ambil ringan....


Jika.........




Jika ALLAH tak memberimu seorang yang kamu impikan..
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang memimpikanmu..

Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu..

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
Semoga DIA memberimu seseorang yang slalu mendambakanmu..

Bila ALLAH tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..

Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintaimu..

Yang bukan hanya kerena apa yang ada padamu..
Tetapi apa adanya dirimu..

Sujudkan HATI dan Jiwamu ..

Semoga ALLAH memberi kita yang terbaik..
Dengan segala keindahan hati dan ketaqwaannya..

Karena JODOH mu takkan jauh SIFAT PRIBADINYA SEPERTIMU..

Wallahu'Allam..

Salam santun ukhuwah fillah..


Thursday 18 October 2012

Dalam Sebuah Penantian Hadirnya Sang Jodoh ... ^^




Masih merasa gelisah dalam sebuah penantian untuk mendapatkan jodoh yang baik buat kita?

Yang awalnya jauh dari kita,
Bisa tiba-tiba mendekat kepada kita.
Yang sebelumnya acuh tak acuh kepda kita,
Bisa saja dengan tiba-tiba memberi perhatian kepada kita.
Yang tak pernah terbayangkan kenalpun sebelumnya,
Bisa dengan tiba-tiba datang berkenalan kepada
 kita.

Begitu juga sebaliknya,
Yang sebelumnya sudah dekat,
Bisa dengan tiba-tiba menjauh dari kita.
Yang sebelumnya nyata-nyata telah menyayangi kita,
Bisa tiba-tiba justru membenci kita.
Yang hampir pasti sudah dijadwalkan hari pernikahanpun,
Kadang-kadang digagalkan salah satu pihak dengan berbagai macam alasan.

Itulah jodoh!

Sebuah hal yang teramat misteri bagi kita.
Sebuah hal yang teramat sulit untuk ditebak.
Jodoh adalah hak-Nya.
Kita boleh telah berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkannya,
Akan tetapi Dia jugalah penentu akhirnya.

Ingatlah,
ALLAH selalu punya cara untuk mempertemukan seseorang dengan calon pasangan jodohnya.
ALLAH juga selalu punya cara untuk memisahkan seseorang dengan calon pasangan jodohnya.
Tapi yakinlah,
ALLAH telah 'menuliskan' calon-calon terbaik untuk kita.
Dan itu bukan hal yang sulit dengan segala kuasa-Nya.
Dengan segala
kehendak-Nya.

Dan ketahuilah,
Hanya soal waktu sajalah bahwa rencana-Nya akhirnya bakal datang menghampiri kita.
Tak perlu merasa risau bukan?

Jadi tetap tersenyumlah dalam sebuah penantian untuk menjemput pasangan jodoh kita.
Tentunya yang terbaik bagi-Nya untuk dipertemukan dengan kita.


Wednesday 17 October 2012

Allah Tengok Usaha .. Bukan Natijah .. ^^

Bismillahirahmanirrahim...

Ana manusia yang tidak sempurna ,
kerana itu ana sampaikan 'dakwah kecil' setakat yg anak tahu ...

Pesanan yang ana tulis bukan kerana ana seorang yang alim, Ia hanya sekadar usaha supaya di kasihi-NYA .

Jika banyak kekurangan yang sahabat lihat pada diri ini , sahabat memang benar .......
ITULAH ANA........


Ketika Allah Memilihmu Untukku ..... ^^


  

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu.. 
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. 
Orang tua yg begitu sempurna.. 
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan.. 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap,
kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. 
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..Padamu yang Allah pilihkan untukku.. 

Ketahuilah,
aku hanya wanita biasa dengan
begitu banyak kekurangan dalam diriku, 
Aku bukanlah wanita sempurna,
seperti yang mungkin kau harapkan.. 
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu,
Dia ingin menyempurnakan kekuranganku
dgn keberadaanmu. 



Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah,
sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu,
Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
 Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya ta'ala..



Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..

 Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
 Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
 Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, 
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. 
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah.. 
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja,
karena akan selamanya aku salah.. 
Namun tatap mataku, tersenyumlah..  
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. 
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. 
Niscaya,
kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. 
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. 
Ketahuilah,
ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. 
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
 Kata2mu adalah titah untukku, 
Selama tak bermaksiat pada Allah,
akan ku penuhi semua perintahmu.. 
Maka kalau kau berkenan ku meminta.. 
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… 
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. 
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, 
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. 
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
 Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah,
kau mampu membentuk mereka.. 
Dengan hatimu yg penuh cinta,
kau mampu merengkuh hati mereka.. 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Tassneem Firdaus
Daiman Fil Qalbi




Wanita Solehah Itu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Wanita solehah, apabila kamu MELIHATNYA..kamu merasa BAHAGIA...dan apabila kamu menyuruhnya berbuat KEBAIKAN pasti dia akan TAAT
dan apabila kamu TINGGALKANNYA
dia pasti akan menjaga KEHORMATANNYA dan KEHORMATANMU..
Wanita solehah itu tidak perlu MURAH,
tidak perlu juga MAHAL..
tiada harga untuk memperdagangkannya..
dia DINILAI di mata PENCIPTANYA dengan sebaik-baik PENILAIAN yang tidak pernah silap..
mulalah daripada sekarang, bentuklah dirimu,
dan hiasilah dengan AKHLAK seindah akhlak Ummul Mukminin..
agar menjadi IMPIAN lelaki yang soleh dan dambaan SYURGA Ilahi.. ^_^

Monday 8 October 2012

Pengalamanku Berhijrah Dan Mendapat Hidayah.....

Assalammualaikum wbt....

Bismillahirahmannirahhim...Terdetik hati ini nak membuka blog baru...mula terfikir untuk saya berkongsi pengalaman saya berhijrah @ bermujahidah ke arah menjadi muslimah @ perhiasan dunia yang terjaga maruah,terjaga aurat dan solehah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...saya diberi kesempatan diberi kesedaran awal...betapa dulu hidup saya penuh dengan noda2 dosa yang sehingga kini saya seakaan2 merasa kotor dan begitu hina takkala saya mengadap Ilahi...takkala bersujud mohon keAmpunan dari yg Esa...airmata tidak henti2 mengalir...Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...walaupun saya dulu sering melupakanNya...tapi Dia masih menyayangi saya,dengan memberi petunjuk dan hidayahNya...syukur padamu Ya Rabb.... =)

Bila,bagaimana....

Ketika itu...pada ramadhan yang ke 21...tiba2 saya terjaga dari tidur,merasa menggigil seluruh badan....saya bermimpi...tapi mimpi yang saya tak dapat ingat dan tak dapat nak berkongsi...bila bangun je dari tidur...saya termenung agak pangjang....cuba untuk mengingati mimpi itu...Bila tersedar yang saya sedang bermenung pangjang saya cuba untuk tidur balik...baru je saya nak baring tetibe saya terpandang telekung sembahyang yang tergantung..tengok jam...dalam hati(ahh...awal lagi nih...baru kul 5 lebih..sempat la tidur jap...jap2 lagi pun boleh solat subuh)...bila saya terlelap...saya rasa tak sapai beberapa minit...saya terdengar suara yang keras...suruh saya bangun untuk solat subuh...3X suara tu bergema..saya x pasti samaada saya bermimpi atau ape...terasa tersentap dan terus bangun...Ya Allah...saya benar2 dalam ketakutan...rasa berpeluh dan takut yang teramat sangat...saya terus pergi ambil wudhuk dan menunggu masuknya subuh..bila dengar je suara azan...saya rasa teramat sayu dan termenung pangjang...kenapa...kenapa saya rasa sayu sangat...Ya Allah...terlintas dalam fikiran...terdetik dalam hati....rasa keinsafan yang teramat sangat...betapa banyaknya dosa saya...betapa hinanya diri..tanpa berlengah saya terus menunaikan niat untuk solat subuh..ketika dalam keadaan sedang solat...tiap bait2 ayat2 suci yang saya baca...saya rasa sayu dalam hati..saya tak faham kenapa..sedangkan saya tak tahu apa makna dan tafsiran ayat2 itu...dengan rasa sebak yang teramat saya habiskan juga solat itu...usai saya solat subuh...saya berdoa dan memohon keampunan...Ya Allah,sesungguhnya...selama 29 tahun saya hidup...dan selama saya solat inilah yang pertama kali saya rasa perasaan yang bercampur baur...perasaan penuh rasa keinsafan....saya begitu bersungguh hati memohon dan meminta keampunan dari Allah...dan merasa benar2 ingin bertaubat...benar2 rasa ingin kembali ke jalan yang benar...dan mulai saat itu...saya nekad tekad untuk benar2 berubah...benar2 ingin berhijrah...benarlah kata orang...kalau kita dah dapat hidayah dan petunjuk dari Allah...kita kenalah benar2 menghargai...kerna tidak semua manusia yang akan dapat hidayah dan petunjuk itu....dan Allah maha adil....Dia tidak memilih2 siapa pun jika dia berkehendaki hambanya itu bertaubat,insaf dan kembali ke jalan yang diRedhai....sedangkan saya rasa saya adalah hamba yang terlalu jahil terlalu naif dalam soal agama...tetapi Allah beri juga sedikit rasa keinsafan untuk diri saya...masih lagi membuka pintu TaubatNya untuk hambaNya yang sering melupakanNYa...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....syukur padaMu Ya Allah....

Sekarang saya sedang menjalani kehidupan yang berbeza...saya cuba jaga waktu solat...saya cuba berpakaian menutup aurat...saya cuba segala2nya untuk mencari dan ingin mendapat kehidupan yang diredhai...Benarlah...jika kita pernah ada niat untuk melakukan kebaikan pernah berniat untuk berhijrah...InsyaAllah..Allah akan membantu kita...Dia akan kurniakan kita orang2 yang baik mengelilingi kita untuk kita berjihad kejalan yang diredhai dan diberkati olehNya...yang penting...niat kita kene betul...niat kita kene ikhlas...niat kita hanya satu....iaitu kerana Dia yang Maha Pencipta.... =)