Tuesday 30 October 2012

Tentang Seorang Ulamak Yang Saya Kagum....

Assalamua'laikum wbt...

Bismillahirahmanirrahim....Alhamdulillah,syukur pada yang maha Pencipta...kerana masih lagi memberi saya peluang untuk terus menjadi kalifah dimuka bumi ini...Syukran Ya Rabb... =)
Harini...saya berkesempatan nak updated blog...walaupun saya tengah sibuk bekerja...hihi...curi masa sikit bolehkan?....hikhikhik...saya sebenarnya tak sabar nak kongsi tentang artikal yang saya baru saja baca...kisah seorang ulamak mudah...yang berasal dari tanah rencong(Tanah Jawa)...bila saya baca saja kisah biodata beliau...saya cukup kagum dan cukup tertarik...dan saya menyimpan satu hasrat...saya jugak menginginkan anak seperti beliau...andaikata anak2 saya seperti beliau...MasyaAllah,pasti sayalah manusia yang paling bahagia kerna mempunyai anak seperti beliau...apa kata saya share disini mengenai tokoh ulamak muda ini...moga sahabat2 pun mengingini seorang bakal Zauj @ bakal anak2 kelak seperti beliau... =)




Seorang pemuda yang baru berumur 37 tahun tapi ilmunya sgt tinggi.MashaAllah

Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid
A.1974-1992
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

B. 1993 – 1995

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

C.1996 – 2001

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

D.2002 – SEKARANG

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Setelah selesai kuliahnya di peringkat sarjana (masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan doktor falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

E. DARUL MURTADZA

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.





No comments:

Post a Comment