Friday 14 December 2012

Luahan Rasa ... ;'(

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamua'alaikum wbt . Syukur ana masih lagi bernafas untuk hari ini .  Kesihatan pun baik-baik aja .. ;) Hari ini , nak meluahkan rasa je .. ntah tak tau kenapa rasa nak luah kat sini . Fikir jauh sangat hari ini .. rindu mama dan rindu arwah adik ana . ;'( .. kenapa ya .. rasa semacam je .. Tak suka .. tak suka .. dan tak suka .. ! Terfikir , kehidupan harian yang ana lalui sekarang ni .. Ye , kehidupan ana bertambah baik .. Alhamdulillah , dah tak macam dulu .. dulu rasa serabut dan stress all the time . but not now .. sejak berhijrah .. sejak dah makin belajar mendekatkan diri pada yang Maha Pencipta .. ana rasa kehidupan sekarang jauh .. jauh lebih baik .. Alhamdulillah . Cuma kadang - kadang masih terasa dengan masalah HATI . Ialah .. hati .. iman masih FRAGILE . Sungguh - sungguh mohon taubat usai solat . tapi masih lagi rasa tak kuat . Betul ! itu lah yang ana rasa sekarang ni . masih lagi hati tu tidak boleh lari dari fitnah dunia .. Allahu .. risau takut .. bercampur baur .. :'( pasti masih ada lagi yang tak kena ni .. Bukan senang nak melawan godaan nafsu ni .. benarlah seperti yang dikatakan Yang besar itu NAFSU , yang berat itu AMANAH , yang indah itu SOLAT dan yang dekat itu MATI . Terkadang ana sendiri terkalah dengan godaan nafsu nafsi ni .. :'( Wallahi asih jiddan . bila dah buat baru rasa menyesal sangat . Tapi betapa Allah tu sayangkan hambaNya . On the time Dia bagi natijah . :'( Takutnya , kalau apa yang sedang ana usahakan dan cuba jihadkan tidak dapat REDHA dari ya Rabb ... jika benar tidak ada redha .. sia - sia saje . :'( Tapi Allah itu maha pengampun .. Dia akan sentiasa mengampunkan dosa - dosa hambaNya . Dan pintu Taubat itu sentiasa terbuka luas .. sehinggalah dekatnya kiamat baru pintu itaubat tu akan tertutup rapat . :'( . Allah will make everything beautiful at the right place , at the right time for the best reason . Always have faith in Allah . Just Trust Allah . Nampaknya kene usaha gigih lagi ni .. uhh . en syaitan ni memang jahat tau ! suka sangat merasuk fikiran dan hati manusia ... dah la imam suam - suam kuku je ni . en syaitan .. nyah kau dari HATI , JIWA , MINDA aku ! huh ! iblis laknatullah ! .. Okeh .. fuh3 .. rasa lega sikit .. ok normi .. bak kata pepatah arab "man jadda wa jadda man zaro'a hasoda" .. mihmihmih ... ^^ ana tak nak apa yang sedang ana perjuangkan dalam diri ana ni . jadi sia - sia .. ana tak nak jadi manusia yang rugi .. ana nak jadi wanita solehah . nak jadi bidadari syurga .. Inshaallah .. :') uik . sedar tak sedar .. dah nak balik ni .. sedap je dok berbelog .. huhu .. encik boss .. sorry ya .. ana dok bebelog di waktu kerja .. huhu .. okeh sahabat nanti jumpa lagi ya .. salam ukhwah fillah abadan abada .. ana uhibbikum fillah ! .. salam alaik .. :')

Tuesday 11 December 2012

Tazkirah Aurat Lagi ! .. Yeay ! .. :D



Bismillahirahmanirahim .. Assalamualaikum wbt .. Alhamdulillah , segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW . Syukur ke hadrat Illahi kita masih lagi bernafas untuk saat ini untuk tarikh yang cantik ini 12.12.12 .. :) dan ana .. dapat lagi berceloteh di entri ana ni .. ^^ .. Hari ini ana nak share lagi tentang Aurat .. Kita kan nak jadi si mawar berduri .. cantik di pandang tapi sukar di pegang .. Jom baca sikit .. manalah tahu kot-kot melekat sikit .. hihihi ... :D 


Menurut Imam Syafi'e, bagi lelaki ada dua keadaan.


1- Aurat sesama lelaki dan wanita mahramnya - dari pusat hingga lutut
2- ketika bersama wanita bukan mahramnya - seluruh tubuh

Aurat wanita.

1- sesama wanita muslim dan mahramnya - dari pusat hingga lutut
2- ketika bersama wanita bukan muslim - seluruh tubuh kecuali yang zahir ketika bekerja spti kepala, muka, leher, dari tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kakinya. selain dari itu, haram dibuka.

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi bagi imam syafi'e juga ada dua qaul.

1- aurat di hadapan lelaki ajnabinya ialah seluruh tubuhnya tanpa ada sebarang kekecualian. ini adalah qaul yg paling solehah dalam mazhab syafi'e.
2- seluruh tubuh wanita itu kecuali muka dan tapak tangan. Tapi jika dia dedahkan muka dan tapak tangannya itu boleh dedahkan fitnah, maka diwajibkan ke atasnya tutup seluruh tubuh tanpa ada sebarang kekecualian.

*Ada sesetengah ulama' berpendapat dagu wanita itu juga aurat. Terdapat khilaf antara mereka, ada yang kata aurat dan ada yang kata tidak. Jadi nak lebih baik, daripada kita was-was lebih baik kita anggapnya aurat. Ada cara nak tentukan bahagian mana dekat dagu itu aurat.

"Letakkan dua jari kamu di bawah dagu. Yang di tutup dengan jari kamu itu bukan aurat, dan yang terbuka selepas jari itu adalah aurat" - Ustaz Don Daniyal

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)

Balasan orang yang tak tutup aurat.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang. Rambut mereka laksana goh-goh unta. Sungguh, mereka TIDAK AKAN MASUK SYURGA DAN TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA. "
( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan sy sendiri. Moga2 kita semua mendapat rahmat dan berkat dariNya sentiasa, insyaAllah.

wallahu'alam ^_^

Jom Baca Kisah Mustafa Kamal Ataturk ...


Mustafa Kamal Ataturk: Kematian Yang Menyeksakan

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

Thursday 6 December 2012

Doa Mohon Hidayah .. =')



Bismillahirahmanirrahim , Assalamua'alaikum wbt .. Salam Ukhuwah Fillah adihan , abadan-abada , InsyaAllah . Khaifa halukum sahabati ana semua .. Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. segala puji bagi ALLAH SWT , selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW . Syukur ke hadrat ILAHI kerana kita semua masih bernafas dan ana bersyukur sangat kerana kesihatan ana sudah semakin baik .. mungkin berkat doa keluarga , ehem2 en tunangan dan juga sahabat2 ana diluar sana .. mungkin ! .. :)

Hari ini .. ana nak kongsi satu doa .. yang ana sendiri sedang cuba amalkan .. walaupun agak susah nak hafal , tapi ana cuba juga .. bak kata dalam cerita korea tu (aja-aja figthing !) .. mihmihmih .. :D . Betul tak tipu pun .. ^^ .. ana nak sahabat ana pun cuba amalkan doa mohon HIDAYAH ni .. Inshaallah .. berkat usaha kita  tu Allah akan makbulkan .. Alah , tak pangjang mana pun .. tak ambil masa sejam pun nak baca .. sedikit sangat .. tapi doa yang sedikit itu lah .. kalau kita amal dan baca inshaallah akan dapat ganjaran yang besar .. Allahu .. Allahu .. Allahu .. :)

Okeh , ana tak mau celoteh banyak2 .. kat bawah ni ana sertakan doa untuk sahabat baca .. cuba amalkan ye .. ingat tau sahabat .. masa kita berdoa tu .. biarlah dengan rasa rendah dirinya kita memohon kepada Allah , agar doa kita tu dimakbulkan olehNya .. Inshaallah .. Akhir kata selamat beramal ! .. Salam Alaik .. ^^



BISMILLAHIROHMAANIIROHIM,
ALLAAHUMMA NAWWIR QALBII BINUURI HIDAYAATIKA KAMAA NAW-WARTAS SAMAAWATI WAL ARDLA ABADAN ABADAA BIRAHMATIKA YAA ARHAMAR RAAHIMIIN.

Ya ALLAH s.w.t, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMU seperti ENGKAU menerangi bumi dan langit dengan rahmatMU ya ALLAH s.w.t yang maha kasih sayang.  


Wednesday 5 December 2012

Jom Usha2 (tengok2) Baju Penganti Muslimah .. ^^

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH SWT , selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW . Syukur ke hadrat ILAHI kerana kita semua masih bernafas hingga saat ini . Alhamdulillah bertemu lagi kita di entri yang tidak seberapa ini .. ^^ .. Hari ini ana tak berapa sihat .. dekat office pun ana banyak duduk diam je .. malas nak bercakap malas nak buat apa .. tetapi dalam hati tak berhenti2 berzikir berdoa .. mohon agar kesihatan ana bertambah baik .. Allahu . 

Okeh . ana tak nak buang masa , sebenarnya nak menaip ni pun rasa penat sangat .. nafas pun terhenti2 , macam nafas tak cukup pun ye .. Allahu Rabbi .. ini baru sakit yang sedikit .. ana sudah tak tertahan .. bagaimana kalau Allah beri sakit yang lebih lagi .. :'( .. Ok , ana bukan nak bercerita tentang sakit ana ni .. hihi .. tapi ana nak share something .. (eceh , cakap london pula) .. mihmihmih .. ^^ .. Nak tahu ape ? masa tengah lepak2 kat office ni .. ana saje la usha2 baju2 pengantin .. ohmaii .. baju pengantin zaman akhir zaman ni .. memang mengancam habis .. hihihi .. macam2 design .. macam2 warna .. pendek kata , macam2 ada .. usha .. punya usha .. ana rasa macam tidak bersesuaian untuk muslimah2 .. errrmmm .. pada bakal2 zauj sebelum nak  booking baju tu .. pastikan ye bakal2 zaujah ente pilih baju yang menutup aurat .. bukan membalut aurat .. sebab nanti .. bila tematrinya lafaz akad tu .. terus ente yang memikul dosa zaujah ente .. hihihi .. ente2 sekalian sanggup ke ? .. mesti la tak sanggup , kalau boleh biarlah perkahwinan itu berkat dan mendapat redha dari Allah .. InshaAllah , bahagia dunia akhirat .. ;")

Jom tengok contoh2 baju penganti yang zauj/zaujah yang menepati ciri2 islam .. cantik kan ?! ana pun nak macam diorang ni .. mihmihmih .. tak sabar nak sarung di badan sendiri .. amboi ! .. okeh , sehingga bertemu lagi ye .. diharap fillah sekalian sentiasa mendoakan kesihatan ana .. ye .. Jazakallahukhairankhatiran .. =')