Tuesday, 11 December 2012

Tazkirah Aurat Lagi ! .. Yeay ! .. :D



Bismillahirahmanirahim .. Assalamualaikum wbt .. Alhamdulillah , segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW . Syukur ke hadrat Illahi kita masih lagi bernafas untuk saat ini untuk tarikh yang cantik ini 12.12.12 .. :) dan ana .. dapat lagi berceloteh di entri ana ni .. ^^ .. Hari ini ana nak share lagi tentang Aurat .. Kita kan nak jadi si mawar berduri .. cantik di pandang tapi sukar di pegang .. Jom baca sikit .. manalah tahu kot-kot melekat sikit .. hihihi ... :D 


Menurut Imam Syafi'e, bagi lelaki ada dua keadaan.


1- Aurat sesama lelaki dan wanita mahramnya - dari pusat hingga lutut
2- ketika bersama wanita bukan mahramnya - seluruh tubuh

Aurat wanita.

1- sesama wanita muslim dan mahramnya - dari pusat hingga lutut
2- ketika bersama wanita bukan muslim - seluruh tubuh kecuali yang zahir ketika bekerja spti kepala, muka, leher, dari tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kakinya. selain dari itu, haram dibuka.

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi bagi imam syafi'e juga ada dua qaul.

1- aurat di hadapan lelaki ajnabinya ialah seluruh tubuhnya tanpa ada sebarang kekecualian. ini adalah qaul yg paling solehah dalam mazhab syafi'e.
2- seluruh tubuh wanita itu kecuali muka dan tapak tangan. Tapi jika dia dedahkan muka dan tapak tangannya itu boleh dedahkan fitnah, maka diwajibkan ke atasnya tutup seluruh tubuh tanpa ada sebarang kekecualian.

*Ada sesetengah ulama' berpendapat dagu wanita itu juga aurat. Terdapat khilaf antara mereka, ada yang kata aurat dan ada yang kata tidak. Jadi nak lebih baik, daripada kita was-was lebih baik kita anggapnya aurat. Ada cara nak tentukan bahagian mana dekat dagu itu aurat.

"Letakkan dua jari kamu di bawah dagu. Yang di tutup dengan jari kamu itu bukan aurat, dan yang terbuka selepas jari itu adalah aurat" - Ustaz Don Daniyal

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)

Balasan orang yang tak tutup aurat.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang. Rambut mereka laksana goh-goh unta. Sungguh, mereka TIDAK AKAN MASUK SYURGA DAN TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA. "
( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan sy sendiri. Moga2 kita semua mendapat rahmat dan berkat dariNya sentiasa, insyaAllah.

wallahu'alam ^_^

No comments:

Post a Comment