Monday 9 September 2013

Sudah lama ....

Bismillahirahmanirrahim . Assalamua'alaikun wbt . Alhamdulillah .. selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad saw . 

Alhamdulillah kita bersua lagi di tinta eletronik nih . Rasanya dah berkurun lama dan dah berhabuk tak hapdet blog nih . ana dah tak jadi si bloger kut . ehh ~

Banyak yang nak update . nak cerita . ooppss ~ lupa nak bagi tahu antum ana dah cukup 4 bulan jadi zaujah orang . Alhamdulillah .. :) maaf .. selama dengan itu ana menyepi . ;)

InsyaaAllah , ana akan kongsi hari bersejarah tu . Now ana menjalani kehidupan yang cukup nikmat dan barakah dari Allah . Alhamdulillah , Alhamdulillah Alamdulillah . :)

Okaylah . saje singgah blog sendiri ni . sebab tak nak biar berhabuk lama sangat . ekekekeke . 

Okay . jumpa lagi , Assalam . :)

Thursday 16 May 2013

Si niqobis....

Si Dia Yang Berniqab

Langkah kakinya anggun menapaki jalan..
Setiap langkahnya diikuti banyak pandangan mata..
Geraknya anggun namun tak berniat menggoda..

Ia menutup semua auratnya..
Memenuhi perintah Rabbul ‘alamin..
Hanya matanya yang terlihat..
Demi menjaga dirinya dari manusia-manusia nakal..
Banyak fikiran yang tertanya-tanya..
Siapa dia ?..
Bagaimana rupanya ?..
Cantikkah ia ?..
Ya, dia memang cantik jelita..
Indah imannya..
Terjaga diri dan lisannya..
Dialah bidadari idaman..
Aku belum pernah melihat wajahnya..
Aku belum pernah berbicara dengannya..
Namun itulah kecantikannya..
Yang tidak dimiliki oleh orang yang tidak mengerti..
Yang tak dimiliki oleh orang-orang yang hanya mampu mengatakan,:-

Kenapa dia begitu ?
Apakah dia teroris ?
Atau..
Dia itu terlalu berlebihan ?
Tidak ! !
Semua perkataan orang tak berilmu itu tidak benar.
Dia lebih mengerti..
Dia lebih mengetahui..
Perintah ALLAH Yang Maha Perkasa..
Itulah kecantikannya, Itulah kejelitaannya..
Semoga Allah selalu memberikan kemudahan padanya..

Kemudahan untuk selalu beristiqomah menjalankan perintah-Nya..
Insya-ALLAH, aamiin!

p/s : kalian yg tidak memahami, tidak mengerti perasaan seorang niqabis, lebih baik diam.. memang indah, sejuk mata memandang wanita yg berniqab.. tetapi kebanyakannya ramai yg tidak mengetahui, menyedari.. di sebalik purdah itu, mereka menyembunyikan tangisan kesedihan mereka. kesulitan ujian yang mereka hadapi semata-mata mahu memperjuangkan sehelai kain yg menutup wajah mereka.. (T_T)

Kerana aku juga seorang niqabis,sebab itu aku faham..

Sunday 24 March 2013

Wahai Jiwa Yang Kosong .

Jiwaku...
Takkala jiwaku menjadi kosong , rawatlah ia dengan Zikir di hati ...
Takkala jiwaku menjadi kosong , penuhi Al-Quran di lubuk sanubari ...
Takkala jiwaku menjadi kosong , berlarilah ia menuju Ilahi ...
Takkala jiwaku menjadi kosong , ingatlah diri kepada mati ...

Kerana jiwa yang kosong itu permulaan bagi jiwa yang mati ...
Kerana jiwa yang kosong itu puncanya hati yang berbelah bagi ...
Kerana jiwa yang kosong itu sumber lalainya hati ...........

Rawatlah hati .....
Gilaplah iman .....
In shaa Allah Hati akan subur kembali ..... <3 :)

Alhamdulillah . bila dapat ana luahkan dengan bait2 ayat di atas . ana rasa sedikit ketenangan . sambil di iringan alunan zikir2 . jiwa kembali tenang dan .. Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah .. wahai hati tenanglah dikau .. suburlah dikau . :)

Tuesday 12 March 2013

Tick Tock Tick Tock . :D

Bissmillahirahmanirrahim . Assalamua'alaikum wbt . Alhamdulillah .. selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW . Syukur ke hadrat Illahi . kerana memberi lagi kita peluang untuk menghirup udara . dan menikmati segala nikmat di muka bumi ini . Alhamdulillah . Alhamdulillah . Ana dapat lagi berceloteh dan berkongsi apa yang ana lalui di ruangan tinta alam maya x berdakwat ni . :) Sahabat2 ana sihat ke ? pembaca2 sihat x ni ? . kalau sihat Alhamdulillah . moga2 kalian sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa . :)

Well . Ape yang ana nak kongsi hari ni agak nya ekk .. kalau baca tittle hari ni . agak2 tau x apa maksudnya ? ehe . kalau x tau .. meh ana nak bagitau . itu adalah detikan masa . jarum saat . jarum minit . hihihi . saje kan . dak tadika pun tau kut .. tapi kenapalah ana letak tittle camtu . saja lah tu kan .. nak gediks2 . hihihi . :D Tak lah gurau je . sebenarnya ana dok menghitung hari . menghitung waktu . menghitung masa . Tinggal lagi 2 bulan je . ana bakal bergelar Zaujah . Alhamdulillah .. sapai juga jodoh ana untuk kedua kali nya . :) Dan ana bersyukur kerana Allah mengutuskan seorang bakal Zauj .. yang bagi ana sempurna sifatnya . sempurna agamanya . sempurna cara pemikirannya . dan cukup2 berwibawa untuk memimpin sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan in sha Allah hingga ke Jannah . Allahu . Allahu . Allahu .. moga2 apa yang di rancang berjalan dengan baik . moga2 segala2 urusan dipermudahkan . Fuh2 .. nak kahwin tu best . besar pahala tau . pastu yang lagi bestnya . menangislah semua kaum kerabat Syaitan bila terakadnya nikah terdirinya masjid . kuranglah kerja dia . x dapat la nak hasut2 itu ini . terselamatlah pasangan itu dari melakukan dosa2 dan perkara2 yang di murkai Allah . Alhamdulillah . :)

Tapiii .. ada tapi nya .. perkahwinan tu .. bukan mudah untuk kita lalui .. kerana perkahwinan itu bermaksud pasangan suami isteri itu bakal memikul tanggungjawab yang berat . yang besar . ya perkahwinan itu sungguh indah . sungguh bahagia . kerana pasangan itu menjadi pasangan yang halal . dan perhubungan yang di redhai Allah .Tapi , Sudah kah anda bersedia ? kalau tanya ana . jawapan ana . erkkk . mungkin ya . mungkin tidak . hihi . kenapa jawapan ana macam tu agaknya .   kerana bukan mudah untuk menjadi seorang isteri yang solehah . menantu yang baik  dan juga ibu yang mithali . Tapi in sha Allah .. sekarang ni pun ana sedang belajar untuk ke arah kebaikan . ana akan cuba . melakukan sedaya . dan sebaik mungkin . Keinginan terbesar bagi setiap wanita adalah menjadi isteri yang baik bagi suaminya . Yang pada akhirnya akan membawa kepada anak-anaknya. :)

Itu salah satu alasan yang bagi setiap wanita kenapa dia begitu inginkan dan rindukan apa yang di sebutnya sebagai "pernikahan" . seorang wanita itu sangat memerlukan seorang imam , yang boleh membantunya menyempurnakan ibadahnya , yang mampu menjadikan dirinya seorang wanita yang mulia dihadapan Rabbnya . dan yang mampu menjadikan dirinya seorang wanita yang setia yang taat dan mengabdikan kepada imamnya . :) kerana itulah wanita itu yakin . dengan perkahwinan . dan kepimpinan seorang zauj dia bakal menemui Redhanya . 

Kepada bakal zauj ana . Ana x janji yang ana akan selalu jadi isteri yang baik . tapi ana akan berjanji akan mengikut saje kemana kamu pergi . ana berjanji akan hidup susah dan senang bersama kamu . sakit dan sihat bersama kamu . ana berjanji akan menjadi seorang ibu yang baik kepada bakal zuriat kamu . akan cuba menjadi menantu yang baik untuk kedua ibubapa kamu . menjadi kakak yang baik kepada adik adik kamu . Pimpinlah ana mencari redha Allah . perbetulkanlah solat ana . perbetulkanlah cara ana berhadas . perbetulkanlah bacaan Alquran ana . agar kamu tidak memikul dosa2 ana . janganlah kamu jemu dan lelah membimbing ana untuk menjadi zaujahmu yang solehah . Masa lalu ana adalah milik ana . masa lalu kamu adalah milik kamu . Tapi masa depan adalah milik kita . ana uhibbuki fillah . :)

"mahukah aku memberitahu dari hal sebaik baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?  iaitu seorang isteri yang solehah .Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada dirumah dia akan menjaga harta suaminya dan memilihara akan kehormatan dirinya ." Hadis riwayat ibnu Majah . Allahurabbi .. :)

Ana rasa cukup dulu setakat ini . dah pangjang bebenor la ana berceloteh petang nih . moga kita berjumpa lagi . pada sahabat2 ana . doakanlah kebahagian ana . ana pun x pernah lupa untuk mendoakan kebahagian kamu2 semua . ana uhibbikum fillah . Assalamua'alaikum wbt . :)

Monday 11 March 2013

Rasa Seperti Batu Yang Menghempap !~

Bissmillahirahmanirrahim .. Assalamua'alaikum .. Syukur ke hardat Illahi .. masih lagi ana dapat bernafas sehingga saat ini hari ini . Allahu . Allahu . Allahu . Syukur Ya Rabb . 

Ermm . dah lama sangat nih x update ape2 kat blog . dan dah memang lama sangat x buka pun blog ana nih ! ada juga a fews followers yang tanye . bila miss momot nak update blog . macam dah lama sangat x nampak hasil jemari yang tembam + demok nih berbicara di tinta x berdakwat (uhuk2 . adeh skema !) . Ehh , memang lama bebenor . huhu .. Ehh ,. chup2 .. nak bergurau lagi ye . walhal hati tengah gundah gulana . phewww~~ ok xpe .. letak tepi dulu sat . masalah tu . sat ja .. sat lagi ana cerita naaa ~~ .. sebenarnya .. memang nak share banyak benda . macam2 .. tapi hati malaih . tapi hari nih . bila rasa x dapat nak share ngan orang lain . luah la sat kt blog yang dah lama bersarang sesawang bagai . (ntah2 en spider dok usha jaa . hahaha) . Orait .. Okay .. mesti ada sebabkan nape tetibe je nak update kt blog nih . mesti la ada . kalau x , xde nya nak menaip pangjang lebarrrr cengini . mihmihmih .. :D . Baca pada tajuk tu macam suspen je kan .. mesti korang x sabar2 nak tahu batu apa la yang dok hempap atas kepala nih . :D . 

Opp2~~ sabaq2 .. sebenarnya ana ada 2 rasa . dari 2 hari lepas sapai laa . selepas solat zuhur tadi ..  kalau boleh x ray kat dada nih . memang pheww . korang pun .. simpati tahap dewi . :D . Tapi Alhamdulillah . degupan jantung ana .. dah kembali normal .. Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. Alhamdulillah . Hasbunallah wa nimal wakil nimal maula wa nimal nasir . ( Cukuplah Allah sebagai Penolong dan sebaik2 Pelindung ) Benarlah kalau kita ditimpa apa pun musibah dan kesusahan . x usah kita mengadu dan meminta pertolongan dari sesiapa . cukuplah dengan mengadu padaNya dan memohon Pelindungan dariNya . Allahu . ana bersyukur sangat2 . ana dah terlepas dari musibah yang x diduga . tapi berpunca dari kesilapan ana sendiri . Tengok .. betapa Allah itu maha Penyayang . walau pun ana dah buat sesuatu perkara yang salah . tapi Allah masih lagi memberi ana peluang untuk betulkan keadaan . Ini lah peringatan pada ana barangkali . Ya Allah , berdosanya Aku padaMu ya Allah . :'(

Sebenarnya . ana x boleh nak share pun apa musibah yang menimpa .. kerana ada petikan hadis yg berbunyi . jangan sebar aib orang , jangan buka aib sendiri . Cukuplah Allah sahaja yang tahu . dan ana betul2 buat ini sebagai peringatan . asif jiddan ye sahabat ana . kalau korang tertanya2 tapi ana x dapat berkongsi pun . Apa yang ana cuba sapaikan di sini ialah .. Kekuasaan Allah swt . sesunggungnya benarlah Allah itu maha Pengampun . maha Mengasihani hambaNya .. walaupun sehina2 hambaNya .. Dia tetap memberi Pertolongan . Sesungguhnya selagi kita masih bergelar hamba Allah . selagi nyawa dikandung badan .. setiap hamba Allah yang hidup dimuka bumi ni tidak terlepas dari melakukan dosa . Kita semua adalah PENDOSA TANPA NOKTAH !

Sekian dulu untuk harini . moga apa yang ana kongsi harini , sedikit sebanyak korang dapat berfikir . dan dapat terus terusan mencari redha Allah . Ikhlas menerima kesalahan dan belajar dari kesalahan , kerana itu yang akan menjadi kamu kuat dalam menjalani kehidupan . Manusia itu pelupa . tidak di tegur lalai , bila di tegur melawan . Syaitan , biasalah yang baik itu dia benci . yang jahat itu dia suka . okay sahabat fillah . tunggu ana update lagi ye .. daa~~ :D

Monday 4 March 2013

Doa Untuk Bakal Zauj ku . :)


Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia. Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia, Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya.

Ya Allah izinkan aku Bercinta Selepas Nikah
Jika kau takdirkan dia untukku, kau dekatkanlah hati dia dengan hati aku.

Jika kau takdirkan dia bukan milikku, kau berikanlah kebahagiaan kepadanya dengan memberikan seseorang yang terbaik dalam hidupnya.