Tuesday 12 March 2013

Tick Tock Tick Tock . :D

Bissmillahirahmanirrahim . Assalamua'alaikum wbt . Alhamdulillah .. selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW . Syukur ke hadrat Illahi . kerana memberi lagi kita peluang untuk menghirup udara . dan menikmati segala nikmat di muka bumi ini . Alhamdulillah . Alhamdulillah . Ana dapat lagi berceloteh dan berkongsi apa yang ana lalui di ruangan tinta alam maya x berdakwat ni . :) Sahabat2 ana sihat ke ? pembaca2 sihat x ni ? . kalau sihat Alhamdulillah . moga2 kalian sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa . :)

Well . Ape yang ana nak kongsi hari ni agak nya ekk .. kalau baca tittle hari ni . agak2 tau x apa maksudnya ? ehe . kalau x tau .. meh ana nak bagitau . itu adalah detikan masa . jarum saat . jarum minit . hihihi . saje kan . dak tadika pun tau kut .. tapi kenapalah ana letak tittle camtu . saja lah tu kan .. nak gediks2 . hihihi . :D Tak lah gurau je . sebenarnya ana dok menghitung hari . menghitung waktu . menghitung masa . Tinggal lagi 2 bulan je . ana bakal bergelar Zaujah . Alhamdulillah .. sapai juga jodoh ana untuk kedua kali nya . :) Dan ana bersyukur kerana Allah mengutuskan seorang bakal Zauj .. yang bagi ana sempurna sifatnya . sempurna agamanya . sempurna cara pemikirannya . dan cukup2 berwibawa untuk memimpin sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan in sha Allah hingga ke Jannah . Allahu . Allahu . Allahu .. moga2 apa yang di rancang berjalan dengan baik . moga2 segala2 urusan dipermudahkan . Fuh2 .. nak kahwin tu best . besar pahala tau . pastu yang lagi bestnya . menangislah semua kaum kerabat Syaitan bila terakadnya nikah terdirinya masjid . kuranglah kerja dia . x dapat la nak hasut2 itu ini . terselamatlah pasangan itu dari melakukan dosa2 dan perkara2 yang di murkai Allah . Alhamdulillah . :)

Tapiii .. ada tapi nya .. perkahwinan tu .. bukan mudah untuk kita lalui .. kerana perkahwinan itu bermaksud pasangan suami isteri itu bakal memikul tanggungjawab yang berat . yang besar . ya perkahwinan itu sungguh indah . sungguh bahagia . kerana pasangan itu menjadi pasangan yang halal . dan perhubungan yang di redhai Allah .Tapi , Sudah kah anda bersedia ? kalau tanya ana . jawapan ana . erkkk . mungkin ya . mungkin tidak . hihi . kenapa jawapan ana macam tu agaknya .   kerana bukan mudah untuk menjadi seorang isteri yang solehah . menantu yang baik  dan juga ibu yang mithali . Tapi in sha Allah .. sekarang ni pun ana sedang belajar untuk ke arah kebaikan . ana akan cuba . melakukan sedaya . dan sebaik mungkin . Keinginan terbesar bagi setiap wanita adalah menjadi isteri yang baik bagi suaminya . Yang pada akhirnya akan membawa kepada anak-anaknya. :)

Itu salah satu alasan yang bagi setiap wanita kenapa dia begitu inginkan dan rindukan apa yang di sebutnya sebagai "pernikahan" . seorang wanita itu sangat memerlukan seorang imam , yang boleh membantunya menyempurnakan ibadahnya , yang mampu menjadikan dirinya seorang wanita yang mulia dihadapan Rabbnya . dan yang mampu menjadikan dirinya seorang wanita yang setia yang taat dan mengabdikan kepada imamnya . :) kerana itulah wanita itu yakin . dengan perkahwinan . dan kepimpinan seorang zauj dia bakal menemui Redhanya . 

Kepada bakal zauj ana . Ana x janji yang ana akan selalu jadi isteri yang baik . tapi ana akan berjanji akan mengikut saje kemana kamu pergi . ana berjanji akan hidup susah dan senang bersama kamu . sakit dan sihat bersama kamu . ana berjanji akan menjadi seorang ibu yang baik kepada bakal zuriat kamu . akan cuba menjadi menantu yang baik untuk kedua ibubapa kamu . menjadi kakak yang baik kepada adik adik kamu . Pimpinlah ana mencari redha Allah . perbetulkanlah solat ana . perbetulkanlah cara ana berhadas . perbetulkanlah bacaan Alquran ana . agar kamu tidak memikul dosa2 ana . janganlah kamu jemu dan lelah membimbing ana untuk menjadi zaujahmu yang solehah . Masa lalu ana adalah milik ana . masa lalu kamu adalah milik kamu . Tapi masa depan adalah milik kita . ana uhibbuki fillah . :)

"mahukah aku memberitahu dari hal sebaik baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?  iaitu seorang isteri yang solehah .Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada dirumah dia akan menjaga harta suaminya dan memilihara akan kehormatan dirinya ." Hadis riwayat ibnu Majah . Allahurabbi .. :)

Ana rasa cukup dulu setakat ini . dah pangjang bebenor la ana berceloteh petang nih . moga kita berjumpa lagi . pada sahabat2 ana . doakanlah kebahagian ana . ana pun x pernah lupa untuk mendoakan kebahagian kamu2 semua . ana uhibbikum fillah . Assalamua'alaikum wbt . :)

No comments:

Post a Comment